Thursday 19 April 2012

Buletin PERGEO


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Lama kiranya sudah BLOG ini tidak di'update'.
# Hehehe, maklumla, 'sibuk' je memanjang.

Ringkasnya, berikut merupakan buah tangan terbaharu daripada barisan MT persatuan kepada aktivis-aktivis sekalian.
* moga mendapat manfaat.



CC : EN. KAMARUL BIN ISMAIL


Nantikan 2 program terbaharu daripada barisan MT persatuan.
# jom, bersama-sama memeriahkan.







‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’



Sunday 8 January 2012

MALAM PRAGRADUASI

Malam Pragraduasi yang sepatutnya dijalankan pada Disember 2011 untuk aktivis-aktivis Geografi semester 8 terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana masalah kekangan masa dan terdapat sedikit masalah teknikal yang membantutkan program ini. Justeru, kami di barisan MT persatuan dengan rendah diri, memohon ribuan kemaafan kepada aktivis-aktivis  terutamanya aktivis semester 8 di atas kesulitan ini. Kami berjanji segala kesulitan ini akan dielakkan pada masa-masa akan datang.

 ‘KITA HANYA MAMPU  MERANCANG, TETAPI DIA YANG MENENTUKANNYA’



‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’

KARNIVAL KEUSAHAWANAN

Pada 14, 15 dan 16 Disember 2011 yang lalu,  PERSATUAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR (P.E.R.G.E.O) UPSI telah menyertai program bersempena Karnival Keusahawanan (KaKe) Universiti Pendidikan Sultan Idris anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) UPSI. Gerai ‘kilat’ yang diusahakan selama tiga hari berturut-turut ini menyediakan perkhidmatan menjual tudung Aidijuma sebagai output utama, buah potong & pancake, kesemuanya atas inisiatif aktivis-aktivis geografi dalam mencari dana untuk menambah kantung persatuan yang dikatakan agak ‘kempis’ kebelakangan ini.

 Tudung Aidijuma, KLIK SINI...!




Program ini merupakan buah tangan sulung Presiden Persatuan Geografi, iaitu Saudara Anwar Bin Ismail bersama dengan rakan-rakan MT yang lain. Sepanjang karnival, sambutan yang diterima oleh gerai PERGEO agak memberangsangkan, sehingga petugas yang ditugaskan untuk menjaga kedai tidak menang tangan dalam melayan pelanggan yang ‘menyerbu’ gerai. Melalui penyertaan ini, aktivis-aktivis geografi dapat menimba serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan dan dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran insaniah serta kebolehan berkomunkasi dengan pelanggan sepanjang menguruskan gerai jualan.


Akhir kata, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua aktivis geografi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival kali ini. Semoga dengan penyertaan ini, aktivis-aktivis dapat meningkatkan kualiti dan nilai tambah dalam persediaan menjadi guru dan insan yang cemerlang pada masa hadapan kelak.


Kemeriahan sepanjang karnival dapat diterjemahkan melalui figura-figura berikut yang di‘snap’ sepanjang karnival sedang berlangsung.














Terima kasih, bersua lagi di lain kalam.



‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’



Friday 23 December 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Bersempena dengan peperiksaan akhir semester yang bakal tiba, Persatuan Geografi & Alam Sekitar (P.E.R.G.E.O) UPSI, telah mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin sebagai inisiatif terakhir dalam usaha untuk mencari keredhaan-NYA. Program solat hajat dan bacaan Yaasin ini dijalankan di bawah kendalian Exco Kebajikan, Moral dan Sahsiah Diri, iaitu Saudari Siti NurulHidayah Binti Zainal. Berikut adalah butiran majlis tersebut :

Tarikh : 19 Disember 2011 (ISNIN)
Masa : 6.45 ptg – 9.15 mlm
Tempat : Surau An-Nur UPSI (Berdekatan dengan Gim UPSI)

TENTATIF MAJLIS : 

MASA              PERKARA 
6.45 ptg             Ketibaan Para Pelajar dan Jemputan
7.00 mlm           Tazkirah 
7.15 mlm           Solat Maghrib
7.30 mlm           Solat Hajat dan Bacaan Yassin
8.30 mlm           Solat Isyak
8.45 mlm           Amanat daripada pensyarah
9.00 mlm           Jamuan ringan
9.15 mlm           Bersurai

Man Jadda Wajada, Wa Man Zaro a Hasoda.
Siapa berusaha dia berjaya, siapa ‘menanam’,  dia akan mendapat hasilnya








‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’

Tuesday 20 December 2011

Takwim Program Persatuan Geografi Sidang 2011/ 2012

BIL.
PROGRAM
MASA/ TARIKH
1.
Karnival Keusahawanan
Disember 2011
2.
Solat Hajat dan Bacaan Yasin
Disember 2011
3.
Malam Pra-graduasi
Disember 2011
4.
Penulisan Ilmiah
Mac 2012
5
Bengkel Penulisan Tesis
Mac 2012
6.
Hari Interaksi dan Keluarga
Mac 2012
7.
Bengkel Penampilan Diri
April 2012
8
Pengumpulan Jurnal
April 2012
9.
Kampusku Hijau
April 2012
10.
Pelancaran Kempen Alam Sekitar
Mei 2012
11.
Cintai Alam sekitar
Mei 2012
12.
Gotong-royong
Mei 2012
13.
Anak Angkat
Jun 2012

Sunday 27 November 2011

T.E.M.A.N

T.E.M.A.N

dirimu umpama cermin bagi diriku
kau yang membimbingku ke arah kebaikan
menegur apa yang salah
menambah apa yang kurang
memberi apa yang tiada
setiap tindak-tandukku diperhatikan
bukan untuk menjaga tepi kain
atau memperkatakan tentang keburukan
cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang teman
juga sebagai hamba YA RABB
yang sentiasa saling berpesan dan saling mengingati


T.E.M.A.N

hadirmu amat bererti dalam hidup ini
memberi keceriaan
yang tak mampu diberikan oleh orang lain
setiap bait-bait kata
yang menerjah ke cuping telingaku
membuatku tersedar dari lena yang menjerat
bersamamu membuatku gembira
kerana punya insan yang masih mahu
menegur salah silapku dalam menempuh hidup
keburukanku kalian perbetulkan
kebaikan kita sama-sama kerjakan
demi mendambakan kasih sayang dari-NYA


T.E.M.A.N

syukran aku ucapkan atas keprihatian kalian
tiada erti perjalanan hidupku tanpa bantuan dari kalian
ketahuilah wahai teman-teman yang kusayangi
kalian selalu hidup dalam hati kecilku
tak pernah sekali pun ingatan terhadap kalian menipis
cuma satu harapanku
agar ukhwah kita sentiasa berkekalan
selamanya
andai ada perpisahan antara kita
terimalah ia dengan hati yang ikhlas kerana-NYA
di negeri abadi tempat pertemuan semula
berpeganglah pada kata-kata
ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana ALLAH
UHIBBUKUM LILLAH



Aktivis GEOGRAFI SEM 8


Aktivis GEOGRAFI SEM 5


Aktivis GEOGRAFI SEM 3


Aktivis GEOGRAFI SEM 1


dedicated to ALL GEO AKTIVISs....!
yup, yep, ya...!
KITA SATU....!







Tuesday 22 November 2011

Carta Organisasi


Penasihat Persatuan Geografi
En. Kamarul Bin Ismail
013-4734516

Presiden Persatuan Geografi
Anwar Bin Ismail
D 20091035650
013-4209169

Timbalan Presiden Persatuan Geografi
Amirul Mukminin Bin Mawardi
D 20091035656
019-5173016

Naib Timbalan Presiden Persatuan Geografi
Nur Amirah Binti Nordin
D 20101037791
013-5969061

Setiausaha Persatuan Geografi
Koh Liew See
D 20091035655
014-5074675 / 017-9002318

Timbalan Setiausaha Persatuan Geografi
Siti Nor Fatehah Binti Mansor
D 20101037762
014-5150059

Bendahari Persatuan Geografi
Siti Sarah 'Aqielah Binti Mohd Tharmizi
D 20091035606
019-5256884

Timbalan Bendahari Persatuan Geografi
Nur Amira Binti Subhi
D 20101037794
017-2712153

Exco Akademik dan Motivasi
Shahrul Naiman Bin Basri
D 20101037777
013-4183760

Exco Informasi dan Penerbitan
Nooraini Binti Ahmad Makri
D 20111048618
013-4117416

Exco Sukan dan Rekreasi
Mohd Shaifuddin Bin Besar
D 20091035622
013-5279944

Exco Kebajikan, Moral dan Sahsiah Diri
Siti NurulHidayah Binti Zainal
D 20091035651
013-5891856

Exco Perhubungan, Tajaan dan Keusahawanan
Wee Fhei Shiang
D 20101037808
017-9860636

Exco Khidmat Masyarakat dan Lawatan
Law Thing Thing
D 20101037799
017-9005083

Exco Tugas-tugas Khas
Normiza Azliqha Binti Azmi
D 20111048603
017-7142044

Wakil Semester 1
Mohd Zamry Bin Ismail
D 20111048606
014-5086978

Wakil Semester 3
Mustika Binti Misran
D 20101037788
0137572241

Wakil Semester 5
Mohamad Nazmi Bin Zara’Ai
D 20091035648
013-4625068



'Selamat Menjalankan Tugas'