Thursday 19 April 2012

Buletin PERGEO


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Lama kiranya sudah BLOG ini tidak di'update'.
# Hehehe, maklumla, 'sibuk' je memanjang.

Ringkasnya, berikut merupakan buah tangan terbaharu daripada barisan MT persatuan kepada aktivis-aktivis sekalian.
* moga mendapat manfaat.



CC : EN. KAMARUL BIN ISMAIL


Nantikan 2 program terbaharu daripada barisan MT persatuan.
# jom, bersama-sama memeriahkan.







‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’



Sunday 8 January 2012

MALAM PRAGRADUASI

Malam Pragraduasi yang sepatutnya dijalankan pada Disember 2011 untuk aktivis-aktivis Geografi semester 8 terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana masalah kekangan masa dan terdapat sedikit masalah teknikal yang membantutkan program ini. Justeru, kami di barisan MT persatuan dengan rendah diri, memohon ribuan kemaafan kepada aktivis-aktivis  terutamanya aktivis semester 8 di atas kesulitan ini. Kami berjanji segala kesulitan ini akan dielakkan pada masa-masa akan datang.

 ‘KITA HANYA MAMPU  MERANCANG, TETAPI DIA YANG MENENTUKANNYA’



‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’

KARNIVAL KEUSAHAWANAN

Pada 14, 15 dan 16 Disember 2011 yang lalu,  PERSATUAN GEOGRAFI & ALAM SEKITAR (P.E.R.G.E.O) UPSI telah menyertai program bersempena Karnival Keusahawanan (KaKe) Universiti Pendidikan Sultan Idris anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) UPSI. Gerai ‘kilat’ yang diusahakan selama tiga hari berturut-turut ini menyediakan perkhidmatan menjual tudung Aidijuma sebagai output utama, buah potong & pancake, kesemuanya atas inisiatif aktivis-aktivis geografi dalam mencari dana untuk menambah kantung persatuan yang dikatakan agak ‘kempis’ kebelakangan ini.

 Tudung Aidijuma, KLIK SINI...!




Program ini merupakan buah tangan sulung Presiden Persatuan Geografi, iaitu Saudara Anwar Bin Ismail bersama dengan rakan-rakan MT yang lain. Sepanjang karnival, sambutan yang diterima oleh gerai PERGEO agak memberangsangkan, sehingga petugas yang ditugaskan untuk menjaga kedai tidak menang tangan dalam melayan pelanggan yang ‘menyerbu’ gerai. Melalui penyertaan ini, aktivis-aktivis geografi dapat menimba serba sedikit ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan dan dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran insaniah serta kebolehan berkomunkasi dengan pelanggan sepanjang menguruskan gerai jualan.


Akhir kata, jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua aktivis geografi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan karnival kali ini. Semoga dengan penyertaan ini, aktivis-aktivis dapat meningkatkan kualiti dan nilai tambah dalam persediaan menjadi guru dan insan yang cemerlang pada masa hadapan kelak.


Kemeriahan sepanjang karnival dapat diterjemahkan melalui figura-figura berikut yang di‘snap’ sepanjang karnival sedang berlangsung.














Terima kasih, bersua lagi di lain kalam.



‘LEDAKAN TRANSFORMASI BERKESAN, GEOGRAFI GAH GEMILANG’